Pada perjumpaan kali ini, kami diajar tentang cara membuat gajet menggunakan beberapa jenis ikatan. Proses membersihkan buluh Proses mencantumkan 3 batang buluh Tripod yang telah siap dibina
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya,
Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan seberapa daya upaya saya
Saya berjanji dan bersetia,
Yang saya dengan seberapa daya upaya saya
akan;
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-undang Pengakap.
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong orang pada setiap masa,
Menurut Undang-undang Pengakap.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
1.
Pengakap adalah
seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
|
2.
Pengakap adalah
seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya,
pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan
orang-orang yang dibawahnya.
|
3.
Pengakap wajib
menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
|
4.
Pengakap itu
sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa
negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
|
5.
Pengakap itu baik
dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
|
6.
Pengakap itu baik
dan kasih kepada segala binatang.
|
7.
Pengakap itu
seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala
patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
|
8.
Pengakap itu
seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
|
9.
Pengakap itu
jimat dan cermat
|
10. Pengakap itu
bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
|
Comments
Post a Comment