Skip to main content

Log Terkini

Pembuatan Gajet

Pada perjumpaan kali ini, kami diajar tentang cara membuat gajet menggunakan beberapa jenis ikatan. Proses membersihkan buluh Proses mencantumkan 3 batang buluh Tripod yang telah siap dibina

Lambang & Cogan Kata


LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA


Lambang Pengakap Malaysia
·       Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
·       Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
·       Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap".
·       Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia".
·       Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
·       Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
·       Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:

Kuning "Pengakap Kanak-Kanak",
Hijau "Pengakap Muda",
Merah "Pengakap Remaja"


LAMBANG PENGAKAP DUNIA



Lambang Pengakap Dunia
  • Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
  • Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh.
  • Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
  • Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
  • Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
  • Warna putih-kesucian dan kebersihan.


Cogan Kata Pengakap (Scout Motto)
Cogan kata bagi unit-unit dan Persekutuan Malaysia adalah berbeza-beza di antara satu sama lain. Cogan kata bagi unit-unit tersebut:
Unit
Cogan Kata
Pengakap Kanak-kanak (Cub Scout)
Buat Sehabis Baik
Pengakap Muda (Boy Scout)
Selalu Sedia (Be Prepared / 随时准备)
Pengakap Remaja (Rover Scout)
Pandangan Luas
Pengakap Kelana
Berkhidmat
Pengakap Budika
Berkhidmat



Comments